Tuesday, August 14, 2012


  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan (kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.
  2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik bagi mengurangkan kadar kematian.
  3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.
  4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.
  5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.
  7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.
  8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.
  9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.
  10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.

Migrasi


  1. Migrasi ialah proses penghijrahan (perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi : migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh faktor tarikan dan faktor tolakan.

Kadar Kematian


  1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah :

Kadar kematian kasar

         Jumlah kematian dalam setahun
=--------------------------------------------------   x 1000
  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

  1. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
  2. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran


  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran : Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baik di negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

Kadar Kelahiran


  1. Kadar kelahiran diperoleh dengan membandingkan jumlah kelahiran bayi dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.
  3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasar
          Jumlah kelahiran dalam setahun
= -------------------------------------------------- x 1000
   Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia


  • Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

  • Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik (tidak berubah) dalam setahun.

  • Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.

  • Perubahan ini adalah akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.

  • Pertambahan semula jadi berkaitan dengan kadar kelahiran dan kadar kematian.

  • Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah negara.

  • Faktor migrasi dibahagikan kepada 2 : imigrasi dan emigrasi.

  • Jumlah penduduk akan bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam negara (imigrasi) melebihi jumlah orang yang keluar dari negara (emigrasi).

  • Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dari luar Negara ke Negara Malaysia.

  • Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.


  • Dasar Kerajaan/Goverman

    1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
    2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara (DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
    3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yang menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
    4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
    5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
    6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
    7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terengganu.
    8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
    9. Pada zaman darurat (1948-1960) penduduk yang tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke kampung-kampung baru yang mewujudkan petempatan seperti di Jinjang dan Berapit.


    Perkhidmatan dan Pendidikan

    1. Aktiviti-aktiviti perkhidmatan seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
    2. Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu (pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron (pelancongan).
    3. Pembinaan pusat pengajian tinggi seperti di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.

    Pengangkutan dan Perhubungan

    1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik mempunyai taburan penduduk yang padat.
    2. Di kawasan yang jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat.
    3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
    4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.
    5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.
    6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya.
    7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan.
    8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

    Sumber Mineral

    1. Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan.
    2. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dangan kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.
    3. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat daripada hasil perlombongan bijih timah.
    4. Contoh kawasan yang berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala LumpurIpoh, Taiping dan Seremban.
    5. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.
    6. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.

    Kegiatan Sosio-ekonomi

    1. Perkembangan sektor ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
    2. Penduduk akan bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yang memberikan keselesaan hidup.
    3. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.
    4. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.
    5. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.
    6. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

    Sejarah

    1. Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.
    2. Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
    3. Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
    4. Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping danIpoh.
    5. Pembukaan ladang-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama pekerja India.

    Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia


    Bentuk Muka Bumi


    1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai.
    2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
    3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.
    4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.
    5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.
    6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.
    Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan
    1. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang kerana banyak gunung-ganang dan hutan tebal.
    2. keadaan bentuk bumi seperti itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adalah tinggi.
    3. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk seperti di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang kerana udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.

    Kepadatan Penduduk


    1. Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.
    2. Formula mengira kepadatan penduduk:

        Jumlah penduduk
         Kepadatan Penduduk= ----------------------
                                     Keluasan


    Kawasan Berpenduduk Jarang

    1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
    2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal seperti kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
    3. Kawasan berpaya juga berpenduduk jarang seperti di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

    Kawasan Berpenduduk Sederhana

    1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
    2. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
    3. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
    4. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
    5. Contoh kawasan:
    a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
    b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.
    c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
    d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
    e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.

    Taburan Penduduk Negara Malaysia




    Kawasan Berpenduduk Padat

    1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
    2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
    3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
    4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka (Semenanjung Malaysia).
    5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
    6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
    7. Di Sabah, penduduk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.

    Monday, August 6, 2012

    PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

    Kegiatan Manusia
    - Penebangan hutan
    - Perindustrian
    - Pembakaran terbuka
    1.KESAN KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
    Fenomena Punca Kesan
    Kesan Rumah Hijau Pembakaran bahan api fosil (logi tenaga,
    kilang, kenderaan), reputan bahan organik,
    penebangan/bakr hutan
    Pelepasan gas metana, pelepasan
    Co2
    Jerebu kebakaran hutan, pembakaran terbuka,
    pembakaran bahan api
    sakit mata, radang paru-paru,
    masalah pernafasan
    Penipisan lapisan
    ozon
    penggunaan baja nittrogen, kapal terbang
    sipersonik, CFC-racun serangga dan aerosol,
    ujian senjata nuklear
    suhu bumi meningkat, kanser kulit,
    katarak mata
    Hujan asid
    -sulfur dioksida
    -nitrogen diolsida
    pembebasan asap dalam kegiatan
    perindustrian dan kenderaan bermotor,
    pembakaran terbuka
    ancam kesihatan, kepupusan
    hidupan akuatik, tanaman musnah,
    kerosakan bangunan
    Pulau haba bangunan konkrit dibina rapat, jalan raya
    berturap (men-yerap & memerangkap haba),
    kekurangan tumbuhan, pembakaran fosil
    suhu bandar meningkat
    Peningkatan suhu pembakaran bahan api, perkembangan
    industri perkilangan, pembalakan
    pencairan ais kutubm peningkatan
    arus laut, suhu bumi meningkat
    Kemarau pembangunan tak terkawal, pembalakan tak
    kawal
    kawasan tadahan terjejas, kurang
    sumber air, berlaku fenomena El
    Nino (kemarau panjang)

    Tuesday, July 31, 2012

    1. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.

    2. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untukkemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.

    3. Negara-negara kurang penduduk akan mengalami masalah pertambahan penduduk yang perlahan pada masa depan. Jumlah penduduk muda yang kurang daripada 15 tahun adalahrendah di negara terbabit iaitu 19.5% bagi Kanada dan 21.6% bagi Australia.

    4. Kerajaan negara-negara ini perlu meningkatkan lagi perbelanjaan bagi menyediakan kemudahan kebajikan seperti rumah orang tua, skim pencen dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tua di negara-negara tersebut yang semakin bertambah.

    5. Kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati kira-kira 92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya, hampir 100% penduduk Australia, 99% penduduk Kanada dan 83% penduduk Brazil kenal huruf.

    6. Kemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih sempurna membolehkan penduduk di negara kurang penduduk memiliki taraf kesihatan yang tinggi. Kadar kematian bayiketika lahir juga rendah iaitu hanya pada tahap 5 bayi untuk 1 000 orang. Nisbah doktor bagi negara Australia contohnya adalah seorang untuk 400 orang penduduknya.

    7. Amalan pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang panjang. Contohnya penduduk Kanada mempunyai jangka hayat sehingga 80 tahun dan penduduk. Australia mempunyai jangka hayat 77.15 bagi lelaki dan 83 tahun bagi perempuan.

    8. Kerajaan negara-negara kurang penduduk mampu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik dan lengkap. Contohnya, 100% penduduk Kanada, 92% penduduk Brazil dan 99.5% penduduk Australia dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan.

    9. Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan untuk sungai dan tasik. Keadaan ini akan membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk menampung keperluan penduduknya.
    1. Selain daripada keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk dalam menghubungkaitkan kependudukan dengan sumber, terdapat juga negara-negara yang mempunyai jumlah penduduk optimum. Negara-negara tersebut ialah seperti Jepun, Sweden dan Belanda.

    2. Negara penduduk optimum ini mempunyai jumlah penduduk yang seimbang dengan sumber yang dimiliki negara. Oleh itu, penduduk di negara ini dapat menikmati taraf hidup yang tinggi.

    3. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk tidak akan kekal selamanya malah boleh berubah mengikut masa.

    4. Sesebuah negara yang mengalami kurang penduduk boleh berubah menjadi penduduk berlebihan apabila berlakunya pertambahan penduduk dan sumber semula jadinya tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

    5. Bagi negara penduduk berlebihan pula akan mengalami perubahan apabila meningkatnya penggunaan teknologi dan pengetahuan baru akan meningkatkan sumber semula jadi yang sedia ada. Keperluan penduduk dapat dipenuhi sepenuhnya dan negara-negara ini tidak akan mengalami masalah penduduk berlebihan.
    1. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan terhadap keperluan kependudukan di negaranya. Ini disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduknya.

    2. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi yang tinggi. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.

    Kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.
    3. Negara-negara penduduk berlebihan akan mengalami masalah kekurangan makanan.Contohnya keadaan kemarau berpanjangan yang melanda negara Ethiopia telah menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan. Bekalan makanan yang sedia ada pula tidak mampu menampung keperluan penduduk. Bagi mengatasi masalah ini empangan telah dibina untuk meningkatkan bekalan air.

    4. Negara Bangladesh pula masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak produktif kerana kekurangan teknologi moden. Keadaan ini telah meningkatkan lagi masalah kekurangan makanan.

    5. Kadar kemiskinan di luar bandar telah menyebabkan penduduknya berhijrah ke bandar-bandar besar demi mendapat taraf hidup yang lebih baik.

    6. Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan upah gaji tinggi.

    7. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi. Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah tempat tinggal seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.

    8. Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian merupakan pekerjaan utama penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan ini mendorong mereka untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar negara untuk meningkatkan taraf hidup.

    9. Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang berlebihan penduduk, kerajaannya kurang mampu menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut sangat rendah. Sebagai contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia, 38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk India yang kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.

    10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan dan hospital, kadar pertambahan penduduk yang ramai telah menambah beban yang terpaksa ditanggung pada kemudahan kesihatan.

    Monday, July 23, 2012

    1. Taraf hidup penduduk di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport negara-negara kurang penduduk adalah tinggi dan mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.

    2. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.

    3. Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 12.71 bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.

    4. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua negara adalah rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000 penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1 000 penduduk negara Kanada.

    5. Purata pendapatan tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan moden. Contohnya, setiap keluarga di Kanada mempunyai purata pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia ialah sebanyak AS$27 585 bagi setiap keluarga.

    6. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
    1. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.

    2. Ciri-ciri penduduk berlebihan:
    (a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.
    (b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
    (c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai :
    (d) Taraf hidup yang rendah
    (e) Taraf teknologi yang rendah
    (f) Kadar pengangguran yang tinggi
    (g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.

    3. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.
    4. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:
    (a) Taraf kesihatan yang rendah
    (b) Hasil produktiviti rendah
    (c) Taraf pendidikan yang rendah
    (d) Anak yang ramai
    (e) Migrasi penduduk tinggi
    (f) Taraf teknologi rendah

    5. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.

    6. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.

    7. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.

    8. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.

    9. Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.

    10. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam bidang pertanian sahaja.

    Hubungan Penduduk Dengan Sumber

    Pengenalan


    1. Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza.

    2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
    (a) Penduduk berlebihan
    (b) Penduduk optimum
    (c) Kurang penduduk


    3. Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan secukupnya.

    4. Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi.

    5. Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.