Monday, July 23, 2012

1. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.

2. Ciri-ciri penduduk berlebihan:
(a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.
(b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
(c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai :
(d) Taraf hidup yang rendah
(e) Taraf teknologi yang rendah
(f) Kadar pengangguran yang tinggi
(g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.

3. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:
(a) Taraf kesihatan yang rendah
(b) Hasil produktiviti rendah
(c) Taraf pendidikan yang rendah
(d) Anak yang ramai
(e) Migrasi penduduk tinggi
(f) Taraf teknologi rendah

5. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.

6. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.

7. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.

8. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.

9. Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.

10. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam bidang pertanian sahaja.

No comments:

Post a Comment