Tuesday, July 31, 2012

1. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan terhadap keperluan kependudukan di negaranya. Ini disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduknya.

2. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi yang tinggi. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.

Kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.
3. Negara-negara penduduk berlebihan akan mengalami masalah kekurangan makanan.Contohnya keadaan kemarau berpanjangan yang melanda negara Ethiopia telah menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan. Bekalan makanan yang sedia ada pula tidak mampu menampung keperluan penduduk. Bagi mengatasi masalah ini empangan telah dibina untuk meningkatkan bekalan air.

4. Negara Bangladesh pula masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak produktif kerana kekurangan teknologi moden. Keadaan ini telah meningkatkan lagi masalah kekurangan makanan.

5. Kadar kemiskinan di luar bandar telah menyebabkan penduduknya berhijrah ke bandar-bandar besar demi mendapat taraf hidup yang lebih baik.

6. Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan upah gaji tinggi.

7. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi. Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah tempat tinggal seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.

8. Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian merupakan pekerjaan utama penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan ini mendorong mereka untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar negara untuk meningkatkan taraf hidup.

9. Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang berlebihan penduduk, kerajaannya kurang mampu menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut sangat rendah. Sebagai contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia, 38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk India yang kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.

10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan dan hospital, kadar pertambahan penduduk yang ramai telah menambah beban yang terpaksa ditanggung pada kemudahan kesihatan.

No comments:

Post a Comment