Monday, July 23, 2012

1. Taraf hidup penduduk di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport negara-negara kurang penduduk adalah tinggi dan mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.

2. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.

3. Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 12.71 bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.

4. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua negara adalah rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000 penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1 000 penduduk negara Kanada.

5. Purata pendapatan tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan moden. Contohnya, setiap keluarga di Kanada mempunyai purata pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia ialah sebanyak AS$27 585 bagi setiap keluarga.

6. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

No comments:

Post a Comment