Tuesday, July 31, 2012

1. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.

2. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untukkemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.

3. Negara-negara kurang penduduk akan mengalami masalah pertambahan penduduk yang perlahan pada masa depan. Jumlah penduduk muda yang kurang daripada 15 tahun adalahrendah di negara terbabit iaitu 19.5% bagi Kanada dan 21.6% bagi Australia.

4. Kerajaan negara-negara ini perlu meningkatkan lagi perbelanjaan bagi menyediakan kemudahan kebajikan seperti rumah orang tua, skim pencen dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tua di negara-negara tersebut yang semakin bertambah.

5. Kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati kira-kira 92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya, hampir 100% penduduk Australia, 99% penduduk Kanada dan 83% penduduk Brazil kenal huruf.

6. Kemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih sempurna membolehkan penduduk di negara kurang penduduk memiliki taraf kesihatan yang tinggi. Kadar kematian bayiketika lahir juga rendah iaitu hanya pada tahap 5 bayi untuk 1 000 orang. Nisbah doktor bagi negara Australia contohnya adalah seorang untuk 400 orang penduduknya.

7. Amalan pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang panjang. Contohnya penduduk Kanada mempunyai jangka hayat sehingga 80 tahun dan penduduk. Australia mempunyai jangka hayat 77.15 bagi lelaki dan 83 tahun bagi perempuan.

8. Kerajaan negara-negara kurang penduduk mampu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik dan lengkap. Contohnya, 100% penduduk Kanada, 92% penduduk Brazil dan 99.5% penduduk Australia dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan.

9. Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan untuk sungai dan tasik. Keadaan ini akan membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk menampung keperluan penduduknya.

No comments:

Post a Comment