Dasar Kerajaan/Goverman
- Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
- Antaranya- Dasar Perindustrian Negara (DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
- DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yang menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
- Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
- Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
- Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
- Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terengganu.
- Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
- Pada zaman darurat (1948-1960) penduduk yang tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke kampung-kampung baru yang mewujudkan petempatan seperti di Jinjang dan Berapit.
No comments:
Post a Comment