Tuesday, August 14, 2012


  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan (kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.
  2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik bagi mengurangkan kadar kematian.
  3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.
  4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.
  5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.
  7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.
  8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.
  9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.
  10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.

Migrasi


  1. Migrasi ialah proses penghijrahan (perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi : migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh faktor tarikan dan faktor tolakan.

Kadar Kematian


  1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah :

Kadar kematian kasar

         Jumlah kematian dalam setahun
=--------------------------------------------------   x 1000
  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

  1. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
  2. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran


  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran : Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baik di negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

Kadar Kelahiran


  1. Kadar kelahiran diperoleh dengan membandingkan jumlah kelahiran bayi dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.
  3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasar
          Jumlah kelahiran dalam setahun
= -------------------------------------------------- x 1000
   Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia


  • Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

  • Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik (tidak berubah) dalam setahun.

  • Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.

  • Perubahan ini adalah akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.

  • Pertambahan semula jadi berkaitan dengan kadar kelahiran dan kadar kematian.

  • Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah negara.

  • Faktor migrasi dibahagikan kepada 2 : imigrasi dan emigrasi.

  • Jumlah penduduk akan bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam negara (imigrasi) melebihi jumlah orang yang keluar dari negara (emigrasi).

  • Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dari luar Negara ke Negara Malaysia.

  • Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.


  • Dasar Kerajaan/Goverman

    1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
    2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara (DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
    3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yang menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
    4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
    5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
    6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
    7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terengganu.
    8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
    9. Pada zaman darurat (1948-1960) penduduk yang tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke kampung-kampung baru yang mewujudkan petempatan seperti di Jinjang dan Berapit.